Sunday, 27 October 2013

Keperluan Dan Kepentingan Ar Rahnu Kepada Golongan Yang Suka Emas

Salam ceria rakan-rakan semua

Bagi sesetengah golongan yang memilik emas , agak-agaknya kenapa mereka menggunakan kemudahan Pajak Gadai (ar rahnu)? .

  1. Adakah golongan ini sentiasa berada dalam situasi “kesempitan” kewangan ?

  2. Menggunakan ar rahnu untuk tempat simpanan bagi jaminan keselamatan emas mereka?

  3. Adakah untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan mereka?

  4. Menggunakan kaedah ini untuk menjana lebih banyak “profit” bagi pelaburan emas mereka?

  5. Adakah SYARAT yang dikenakan oleh pihak syarikat yang sedang mereka berurusan?

Segala kupasan tentang ini akan saya kongsikan bersama raka-rakan secara “PERCUMA” sebagaimana berikut :

Pada 30hb oktober 2013 , Jam 8.30 malam

Bertempat di Dewan Seminar Public Gold Kuantan , Jalan Beserah , Kuantan

Untuk hadir , hanya perlu sms nama penuh dan bilangan kehadiran anda ke 016 986 4800 

 



Tuesday, 8 October 2013

Satu Perkongsian - Pengalaman Menggunakan Perkhidmatan Pajak Gadai Islam (AR Rahnu)



Salam Ceria  , untuk perkongsian teman-teman yang dihormati, 

Pengalaman 1-Perkhidmatan Pajak Gadai Islam Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)

Pada bulan Februari 2013 , saya telah menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu MAIDAM , Jalan Sultan Sulaiman , Kuala Terengganu .. Kelihatan begitu ramai sekali pelanggan walaupun masih di awal pagi .Pada masa ini  terdapat 2 kaunter yang dibuka untuk urusan gadaian dan 1 kaunter pertanyaan.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambilkira untuk menggunakan kemudahan Ar Rahnu :

  • Harga pasaran emas = Nilai marhum - untuk emas 916    (ketika ini) = RM 155/gram
  • Margin Pinjaman   - 75%
  • Tempoh asal serta tempoh kelonggaran (lanjutan) ,6 bulan + 2 + 2 : maksimun 10 bulan 
  • Kadar Upah sebulan – kadar di MAIDAM ketika ini 0.6%  sekiranya dikiran atas nilai emas semasa , 0.8 % sekiranya dikira atas nilai pinjaman

NOTA

Untuk tujuan pengiraan untung/rugi sebenar , saya sarankan jumlah kadar upah dikira atas jumlah pinjaman yang diperolehi oleh pelanggan/penggadai.

Jumlah emas yang dipajak sebaiknya mengikut jumlah kelayakan sebenar yang diberikan oleh sesebuah Ar Rahnu. Buat masa ini Ar Rahnu MAIDAM hanya menghadkan maksimun jumlah pajakan adalah  RM10.000 setiap seorang . Jadi jumlah gram emas yang perlu hanyalah 50gram ke bawah. Sekiranya berat @ jumlah emas melebihi , anda akan dikenakan jumlah upah yang tinggi berbanding dengan jumlah pinjaman yang diperolehi. Tak berbaloi….

Semoga menjadi panduan dan mendapat manafaat

No18A , Jalan Sultan Sulaiman . 20000 Kuala Terengganu