Tuesday, 8 October 2013

Satu Perkongsian - Pengalaman Menggunakan Perkhidmatan Pajak Gadai Islam (AR Rahnu)



Salam Ceria  , untuk perkongsian teman-teman yang dihormati, 

Pengalaman 1-Perkhidmatan Pajak Gadai Islam Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT)

Pada bulan Februari 2013 , saya telah menggunakan perkhidmatan Ar Rahnu MAIDAM , Jalan Sultan Sulaiman , Kuala Terengganu .. Kelihatan begitu ramai sekali pelanggan walaupun masih di awal pagi .Pada masa ini  terdapat 2 kaunter yang dibuka untuk urusan gadaian dan 1 kaunter pertanyaan.

Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diambilkira untuk menggunakan kemudahan Ar Rahnu :

  • Harga pasaran emas = Nilai marhum - untuk emas 916    (ketika ini) = RM 155/gram
  • Margin Pinjaman   - 75%
  • Tempoh asal serta tempoh kelonggaran (lanjutan) ,6 bulan + 2 + 2 : maksimun 10 bulan 
  • Kadar Upah sebulan – kadar di MAIDAM ketika ini 0.6%  sekiranya dikiran atas nilai emas semasa , 0.8 % sekiranya dikira atas nilai pinjaman

NOTA

Untuk tujuan pengiraan untung/rugi sebenar , saya sarankan jumlah kadar upah dikira atas jumlah pinjaman yang diperolehi oleh pelanggan/penggadai.

Jumlah emas yang dipajak sebaiknya mengikut jumlah kelayakan sebenar yang diberikan oleh sesebuah Ar Rahnu. Buat masa ini Ar Rahnu MAIDAM hanya menghadkan maksimun jumlah pajakan adalah  RM10.000 setiap seorang . Jadi jumlah gram emas yang perlu hanyalah 50gram ke bawah. Sekiranya berat @ jumlah emas melebihi , anda akan dikenakan jumlah upah yang tinggi berbanding dengan jumlah pinjaman yang diperolehi. Tak berbaloi….

Semoga menjadi panduan dan mendapat manafaat

No18A , Jalan Sultan Sulaiman . 20000 Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment